Salam rekreasi semua :) Pada hujung tahun lepas dan awal tahun ni 31 Dec 2011- 2 Jan 2012, aku telah mengikuti program yang dipanggil Cabaran Spelunking. Program yang menjadi pelopor kepada tercetusnya idea untuk aku dan rakan partner lain untuk menjadikan aktiviti outdoor ini dikembangkan.
Spelunking adalah satu cabaran menjelajah gua profesional
yang memerlukan para spelunker bersedia dengan pakaian lengkap dan peralatan
khas. Cabaran spelunking ini sudah lama terkenal dikalangan masyarakat barat
dan sekarang ia telah mula mendapat tempat di Malaysia. Selain dari itu cabaran
ini memberi peluang kepada anda menikmati keindahan dan kecantikan alam
semulajadi.
DAY 1: Tiba di gunung senyum memang sangat teruja dengan keindahan dan kehijauan gunung di situ. Lebih teruja apabila sampai je, guide kami Dr. Razali kemp Mohamad Rais mengarahkan kami untuk terus training abseiling..Fuhh first time beb! takut bercampur teruja haha.. Bawah ni gambar mase training abseiling..mula-mula memang ade sedikit gayat, tapi bile dah turun gayat tiada lagi sampai habis program chewahh..
 |
Penerangan oleh Dr. Razali |
 |
Aksi ganas dari wa |
 |
Kami puas!! Azam, Faizal & aku |
Selesai aktiviti abseil, bersiap mandi dan makan malam. Selepas malam doc telah brief sikit pasal aktiviti yang bakal kami lalui esok dan lusa. Kami mendengar, bertanya dan bertukar-tukar pendapat. Sebelum tidur kami semua modified safety helmet untuk dipasang head lamp di atasnya.
 |
Ubahsuai jadi topi gaban |
DAY 2: Selepas selesai sarapan bee hoon goreng sekitar jam 7 pagi, kami bergerak untuk masuk ke Komplek Gua Jebak Puyuh. Untuk sampai ke sana perlu tracking selama lebih kurang 45 minit. Sampai di jambatan merah, kami stop jap. Aku dan faizal telah mengambil tanggungjawab untuk belajar macam mana untuk membuat track plotting. So dengan alat kompas, buku dan sebatang pen kami mampu untuk memplot trek. Komplek jebak puyuh ini adalah gua non-commercial yang memerlukan guide untuk kita masuk ke sana. Sepanjang perjalanan kami didedahkan oleh doc flora dan fauna yang ada di sepanjang perjalanan seperti pokok derhaka mertua, orkid ayam jantan dan pacat haha..
 |
Mendengar taklimat sebelum masuk ke Komplek Jebak Puyuh |
 |
Enterance to Jebak Puyuh |
 |
Plot Tracking |
Sampai di Komplek Jebak Puyuh jam 8.16 pagi. First kami ke Gua G101. Memang kena merangkak nak masuk. Tapi bila sampai kat dalam memang indah suasana dalam gua yang gelap itu. Kelihatan binaan seperti kubah masjid. Cabaran pertama adalah merangkakkkk yeahhh...
 |
Crawling in the dark |
 |
Dalam Gua G101 |
Selepas itu kami menuju ke Gua G102 dan Gua G103. Satu pengalaman yang luar biasa apabila masuk ke dalam gua yang masih aktif dimana proses
luluhawa masih berlaku. Ruang galeri yang luas dan cantik dengan
calcite yang masih aktif. Apa yang menarik, calcite yang kelihatan seperti kristal ini akan mati (tidak aktif) serta merta jika kita sentuh dan akan kembali aktif selepas 60 tahun. Jadi apa perlunya kita sentuh jika kita mahu anak cucu cicit kita dapat melihat apa yang pernah kita lihat sekarang. Sangat menakjubkan ciptaan Ilahi ini. Terdapat juga takungan air di dalam gua yang dipanggil
gour. Selain daripada itu, binaan-binaan di dalam gua seperti
shield,
stalactites,
stalagmites,
dan
coloumns boleh dilihat di sini secara langsung.
 |
Salah satu binaan di Gua G102 |
 |
Tracking di Gua G102 |
 |
Gua G103 |
 |
Active Calcite |
 |
Nice! |
 |
Stalactites, Stalagmites & Coloumns |
Persoalannya adalah, mampukah kita mempertahankan khazanah yang cukup berharga dan indah ini daripada tangan-tangan dan kaki-kaki yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata?????
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Gua G105. Gua ini mendapat nama berikutan binaan batu yang terdapat di dalamnya kelihatan seperti mayat yang terbaring. Di sini doc mengajar kami cara bagaimana untuk membuat pemetaan gua - cave mapping.
 |
Tracking to Gua G105 |
 |
Cave Mapping |
Next kami ke Gua G106. Di sepanjang perjalanan ke gua ini kami didedahkan dengan teknik-teknik survivor di dalam hutan contohnya jika kehabisan bekalan air, ape sumber yang kita boleh gunakan. Air akar kayu adalah salah satu daripadanya. Kami juga didedahkan bagaimana nak tahu air sungai itu boleh diminum ataupun tidak. Gua G106 juga menarik dari dinding gua disebelah luar dan galeri di dalamnya. Di sini kami temui banyak fauna antaranya kelawar, lipan gua dan labah-labah gua.
 |
Trek ke Gua G106 |
 |
Dinding Gua di sebelah luar |
 |
Gour |
 |
Dalam Gua G106 |
 |
Lagi di Gua G106 |
 |
Kelawar |
 |
Lipan gua |
Perjalanan diteruskan ke Gua G108. Dalam gua ade gunung? Amacam? betul..memang ade bukit seperti gunung di dalamnya. Mengah juga nak daki setelah penat berjalan. Tapi memang interesting.
 |
Puncak Gunung |
 |
Menuruni gunung di Gua G108 |
Selepas menuruni gua G108, kami terus menuju ke Gua G109. Gua ini lebih best jika sampai sekitar jam 9.30 pagi kerana cahaya matahari yang memasuki kawasan taman ini memang menarik. Doc memberitahu kawasan ini kelihatan seperti terbakar apabila cahaya matahari masuk ke kawasan taman ini. Kami tiba di sini hampir pukul 12 tghari tapi masih dapatla sisa-sisa cahaya yang menarik masuk.
 |
Salah satu tempat menarik di Gua G109 |
 |
Gua G109 |
 |
Dalam Gua ada taman ;) |
Setelah selesai menikmati keindahan taman di dalam gua dan mengalas perut sambil berehat, kami seterusnya dibawa ke gua yang sangat gelap iaitu Gua G110. Bukan itu saja, rupanya di gua ini kami akan abseil!! Amboii abseil dalam gua?? ko ade? Aduii..Untuk masuk ke posisi abseil di gua G110, kami perlu membaringkan badan. Walaupun gelap tetapi aku memberanikan diri untuk turun abseil sebab akulah orang yang pertama akan turun haha..Apa ada kat bawah pun aku tak tau..Tawakal!! cer tengok gambar bawah ni..steady beb!!
 |
Abseiling di Gua G!!0 |
 |
Aku beraksi di Gua G110 |
Begitulah klimak untuk hari kedua ini. Satu pengalaman pertama yang aku dapat dan tak akan dilupakan. Pengalaman ini mengajar erti keyakinan dan keberanian apabila bertembunng dengan apa jua situasi. Semua yang terlibat berjaya turun walaupun ade yang penakut haha.. Tapi telah membuktikan bahawa dia boleh!!
Selesai semua, kami pun menuju balik ke camp site. Dalam perjalanan balik kami terkejut apabila melalui satu kawasan yang mempunyai pokok yang besar gilerr.. Akar die je dah tinggi daripada orang. Pokok ini sebenarnya adalah pokok Albino Ara yang berusia beratus tahun.
 |
Albino ara 200++ |
 |
Amacam?? besar tak?? |
Sebelum sampai ke camp site, aku,shidi, wan dan boye telah singgah kejap kat Gua G121. Khabarnye, situ banyak ikan, so kami nak menjaring kat situ, mana tau ade rezeki, boleh bakar malam ni. Fuhh air kat gua ni memang sejuk gilerr beb!! memang tak boleh nak berendam lama-lama. Ape yang menarik, memang banyak ikan dalam gua tali air ni dan malangnya tiada hasil untuk kami hari tu. Tinggal je la jaring kat situ. Aktiviti untuk hari ni berakhir di Gua G121. Malamnya kami ber BBQ ikan dan macam-macam lagi. Dan pada malam itu juga buat julung kalinya aku makan daun kunyit!! Doc kata sedap, ok fine aku pun makan..hmm not bad, takde la ngeri sangat rasa die hehe...
 |
Sesi menjaring bermula di Gua G121 |
.jpg) |
Aku control sejuk..grrrr!! |
DAY 3: Pagi tu kami bersarapan nasi goreng. Hari ini sedikit lewat bersiap berbanding semalam. Kami memulakan perjalanan sekitar jam 9.00 pagi. Aktiviti hari ini adalah menjelajah ke Komplek Gua Senyum yang dikatakan penuh dengan cerita mitos misteri. Kami sangat bertuah kerana si pencerita adalah adalah si pembuat cerita iaitu Dr. Razali sendiri. Sebelum masuk kami di perkenalkan dengan pokok Tongkat Ali. Kami berpeluang merasai daun tongkat ali yang aduiii pahit!!
 |
Pokok Tongkat Ali |
Ok, now pengembaraan penuh misteri pun bermula. Gua Senyum sangat terkenal dengan cerita misteri. Cerita misteri ini bermula apabila seorang puteri bunian yang telah jatuh cinta dengan seorang manusia biasa si pemikat burung. Puteri bunian yang beranggapan bahawa si pemikat burung ini seorang yang jujur dek kerana hari-hari datang ke tempat permainan puteri bunian tersebut. Perilaku si pemikat burung ini berjaya memikat hati puteri bunian ini dan akhirnya mereka jatuh cinta. Masalah timbul apabila seorang puteri bunian yang hidup di kayangan hendak berkahwin dengan si pemikat burung manusia biasa di bumi. Puteri bunian ini akhirnya berbincang dengan bapanya dan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pemikat burung itu tadi. Bapanya yang mulanya tidak bersetuju akhirnya akur dengan permintaan anaknya dengan beberapa syarat. Syaratnya adalah, puteri senyum perlu membuang segala keistimewaan sebagai seorang puteri bunian. Demi cinta sejati yang sangat utuh kepada si pemikat burung ini, puteri senyum bersetuju untuk melepaskan segala keistimewaan tersebut.
Syarat pertama yang perlu puteri senyum lakukan adalah, mandi air 7 telaga pada waktu tengah malam. Maka di percayai puteri senyum telah mandi di Gua G111.
 |
Gua G111 |
Kami merasai air yang ada di salah satu telaga di Gua G111 ini. Memang sangat sejuk airnya. Tidak dapat dibayangkan bila mandi di waktu tengah malam. Doc menyatakan yang ada masa-masanya telaga ini kering semuanya dan ada masa penuh ketujuh-tujuhnya dan ada satu masa siap ada air pancut!!
Berbalik pada cerita puteri senyum tadi, selepas mandi di tengah malam air 7 telaga, syarat kedua adalah, puteri senyum perlu mengeringkan badan menggunakan angin pada waktu subuh. Dan dipercayai puteri senyum telah mengeringkan badannya di Gua G113.
Gua ini agak besar pintunya dan luas. Menurut doc, gua ini dipercayai pernah didiami oleh manusia kanibal. Kanibal merupakan fenomena dimana makhluk hidup yang memakan makhluk sejenisnya seperti manusia makan manusia.
 |
Gua G113 |
 |
Menuruni gua G113 menuju ke??? |
Syarat yang terakhir untuk melenyapkan keistimewaan puteri senyum sebagai puteri bunian adalah mandi / cuci dengan cahaya bulan. Jika kita flashback semula, mandi 7 telaga tengah malam, keringkan badan waktu subuh dan nak mandi cahaya bulan. Mana nak cari bulan siang hari. So, sebenarnya itu adalah muslihat bapa puteri senyum, tetapi puteri senyum itu bijak bestari. Dia telah mandi cahaya bulan di Gua G114 untuk melenyapkan keistimewaannya di situ. Saat-saat terakhir puteri senyum sebagai puteri bunian ditangisi oleh ramai yang menyaksikan upacara itu.
Gua G114 ini unik kerana ada satu lubang kecil yang membolehkan cahaya memasuki ruag gua yang luas dan gelap. Ianya kelihatan seperti bulan dimalam hari.
 |
Gua G114 |
 |
Nampak tak bulan tu?? |
Maka jadilah puteri senyum manusia biasa dan mereka telah berkahwin. Sempena perkahwinan puteri senyum, bapanya telah menghadiahkan hantaran yang ditimbulkan daripada laut. Pokok-pokok dan hidupan bumi yang dikatakan turut merestui perkahwinan puteri senyum boleh kita lihat tumbuh berpasangan di gua G115. Juga boleh kita lihat batu yang seperti sirih junjung di sini.
 |
Gua G112 |
 |
Pokok-pokok yang tumbuh berpasangan |
Di Gua G116, kami dapat lihat barang-barang hantaran yang dihadiahkan berupa hidupan laut yang ditimbulkan daripada laut seperti kuda laut, penyu, singa laut dan karang laut. Sangat menabjubkan kami apabila melihat batu-batu yang menyerupai penyu, kuda laut dan sebagainya.
 |
Gua G116 |
 |
Batu yang menyerupai kuda laut dan penyu |
Begitulah restu yang ditunjukkan sempena perkahwinan puteri senyum dan pemikat burung bernama Tok Long. Tok Long merupakan seorang pemikat burung yang mempunyai banyak kelebihan antaranya jaguh silat di kampungnya, boleh menjinakkan gajah. Kita boleh tengok di Gua G117.
 |
Gua G117 |
Puteri senyum dan Tok Long pun hidup sebagai suami isteri. Pada satu masa Tok Long pulang ke kampungnya meninggalkan isterinya. Akibat leka, Tok Long terlupa tanggungjawab terhadap isterinya yang ditinggalkan selama 30 hari. Apabila dia teringat, Tok Long pun kembali menemui isterinya puteri senyum, malangnya tiada. Tok Long pun mencari dan akhirnya jumpa di Gua G119. Malangnya lagi Tok Long hanya mampu melihat dan merayu dari atas memujuk isterinya. Puteri senyum merasa menyesal kerana menyangka suaminya jujur dan tidak mendengar nasihat bapanya sebelum ini demi cinta sejatinya. Puteri senyum hanya mampu menangis sehingga dikatakan air mata tangisan memenuhi Gua G121. Akhirnya, Tok Long dikatakan meninggal dan dikebumikan di Gua G118 dan Puteri Senyum di Gua G128. Begitulah cerita mitos Puteri Senyum yang terkenal di gunung senyum.
Berbalik pada perjalanan kami tadi, selepas ke Gua G117, kami ke Gua G118 dimana di situ ada replika makam tok long. Disitu juga ada beberapa lubang di mana para arkeologi pernah membuat penggalian di situ. Menurut doc, mereka menemui tengkorak manusia.
 |
Gua G118 |
Selepas itu, kami ke Gua G120 di mana di percayai tempat Tok Long mengamalkan ilmu persilatan. Di dinding gua silat ini, aku dapat lihat kesan tapak kaki yang masih ada sampai sekarang. Seterusnya kami ke Gua G119 tempat di mana Tok Long merayu dan memujuk isterinya.
 |
Gua G120 |
Akhir sekali sebagai klimak, kami sekali lagi dikejutkan dengan aktiviti abseiling di Gua G120. Pehh tinggi yang dikatakan lebih kurang 100 kaki. Tapi aku ok je, ada jugakla sedikit takut, tapi sebab dah kali ketiga tu yang steady. Abseil kali ni di dinding gua yang tidak rata dan banyak lubang. Dekat sini buat pertama kalinya aku mencuba teknik jump!! Fuhh ketagih beb!! best giler bile dapat jump!! silalah lihat aksi di bawah hehe..
 |
Azam orang pertama turun |
 |
Aksi jump aku ..amacam?? |
Selesai aktiviti abseiling, kami semua berjalan menuju ke Gua G126 yang dikatakan sudah lebih 12 tahun tidak dikunjungi orang. Apabila sampai di sana, kami dapat lihat binaan yang kembali aktif dan calcite yang sangat cantik seperti crystal. Sungguh menabjubkan!!!
 |
Binaan menyerupai gajah di Gua G126 |
Pengalaman ini sungguh bermakna dan akan terpahat selama-lamanya. Keajaiaban keindahan gua mengingatkan aku bertapa besarnya kuasa Allah yang menjadikan alam agar manusia berfikir untuk lebih mengenali diri dan pencipta segala sesuatu. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam trip kali ini terutama pada Dr. Razali, Shidi, Mas, Era, Faizal, Kak Faridah, Lea, Wan, dan Azam. Juga pada jurufoto yang hebat shidi dan azam yang menghasilkan foto-foto yang menarik. Sekian..
 |
We are Malaysian Spelunkers!! |
 |
yeahhh!! |
No comments:
Post a Comment