Salam Rekreasi.. Pada 11 Feb 2012, aku bersama Dr. Razali, Bais dan Faizal telah mendaki Bukit Tabur di Taman Melawati Kuala Lumpur. Bukit tabur adalah banjaran quartz yang terpanjang di dunia iaitu 14 km panjang (The Longest Quartz Ridge in the World). Quartz merupakan mineral kedua yang paling banyak dalam bumi selepas feldspar. Ia terbentuk berterusan secara semulajadi. Terdapat banyak jenis quartz dan ada sebahagian yang berupa batu permata separa berharga. Pelbagai jenis quartz telah ditemui di seluruh dunia sejak zaman purba kala dan ia menjadi mineral yang paling biasa digunakan di dalam pembuatan perhiasan dan ukiran batu.
Hanya beberapa km dari pusat bandar Kuala Lumpur, kita dapat menikmati keindahan batuan quartz serta pemandangan indah dari atas puncak. Dengan ketinggian +-1000m, kami dapat melihat pemandangan di sebelah KL dan Gombak.
![]() |
Bukit Tabur |
Kami memulakan pendakian jam 7.30 pagi selepas bersarapan pagi di Restoran Deen Taman Melawati. Pendakian kami lebih santai dengan tidak mengejar puncak bak kata doc. Cabaran di sini agak berbeza dari bukit-bukit yang lain di Malaysia. Ini kerana kita perlu mendaki batu-batu quartz yang pelbagai bentuk dan cabaran. Kami dapat lihat tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di atas bukit ini agak sukar di temui di tempat lain. Ada diantara pokok ini mempunyai nilai yang tinggi dipasaran luar. Lihatlah bertapa Malaysia mempunyai khazanah yang perlu kita pertahankan demi memelihara alam semulajadi ini.
![]() |
What a splendid view |
Setiap minggu, ramai yang menjadikan bukit tabur ini sebagai tempat riadah dengan mendaki tidak kurang juga yang membuat kajian. Daripada golongan muda sampailah yang sudah berumur. Semua aku tengok steady je mendaki. Pada kali ini kami ada bertembung dengan pelancong yang datang dari Indonesia, Filipina dan Brunei. Mereka teruja dan bangga mendaki bukit quartz yang terpanjang di dunia. Adakah anda berbangga sebagai rakyat Malaysia??
Rata-rata yang kami temui tidak tahu mengenai istimewanya bukit ini. Mereka juga terkejut dengan maklumat yang kami bagitau. Maklumat begini penting untuk kita tahu agar kita lebih menyayangi dan menghargai khazanah negara dan alam ciptaan Allah. Jangan kerana nilainya yang tinggi, kita sanggup menggadaikannya demi keuntungan semata-mata.
![]() |
Batu Quartz |
![]() |
Salah satu puncak di Bkt Tabur |
Kami tiba di puncak sekitar jam 12 tengahari. Cuaca agak panas ketika itu. Dari sini kami dapat lihat pemandangan di sebelah KL dan Gombak. Kami berehat sebentar menghilangkan dahaga sambil berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Daripada maklumat sumber WWF, pada tahun 1985, terdapat kesan trek kambing gurun di Bukit Tabur ini. Adakah pada masa sekarang kambing gurun ini masih wujud??
![]() |
Doc in action! |
Pada pencinta fotografi, bukit ini juga sesuai untuk dijadikan tempat bagi menguji dan mengaplikasikan teknik fotografi yang terpendam. Di sini juga boleh melihat matahari timbul dan tenggelam. Agak menarik sebenarnya. Lepas ni aku pun kena ada satu DSLR hehe..
![]() |
Yeahhh!! We did it!! |
![]() |
Hiking |
![]() |
UIA Gombak view |
Dalam pada menikmati keindahan di sini, kami terjumpa satu tulisan di dinding batu menggunakan spray warna. Kami terfikir, Ada juga orang yang rajin dan tidak bertanggungjawab membawa spray semata-mata untuk menulis ' SAPORT LA SIKIT '.. Aduii kemon la.. sayangilah anugerah alam yang dipinjamkan sementara ini.
![]() |
Jangan buat macam ni ye dik!!! |
Ok, masa untuk turun, dalam perjalanan turun kami terhidu bau yang sangat wangi. Doc memberitahu itu adalah bau daripada satu pokok yang mempunyai bunga berwarna kuning oren. Memang wangi baunya dan bila letak dalam kereta baunya tahan lama.
Kami terus berjalan dan terkejut apabila kami keluar bukan di tempat kami park kereta. Kami keluar di Bukit Mas. Rupa-rupanya kami tersilap jalan. Menurut kata bro yang ade dusun di situ, kami terikut 'trek babi' haha.. Ramai dah terkena rupanya. Maka berjalan jauh la kami ke kereta. Kami tiba di bawah sekitar jam 2.30 petang. Selepas itu kami terus lunch di Taman Melawati dan pekena ABC dan laksa..pehhh mantap..
Bagi sesiapa yang belum pernah ke Bukit Tabur, bolehlah cuba aktiviti mendaki di sana. Anda tidak akan rugi. Oksigen juga sangat cukup dan segar di sana ;)
![]() |
Bunga Wangi |
![]() |
Boye, Bayos dan mate |
No comments:
Post a Comment