Friday, 23 March 2012

SPELUNKING Edisi Khas

Salam rekreasi.. entry kali ini just nak share beberapa gambar menarik yang diambil oleh Md Nor Azam ( Wild Photographer ) semasa trip Spelunking edisi khas pada 16 - 18 Mac 2012.. So layannn..

Ubi gadong
Salah satu jenis cendawan di hutan
Cendawan lagi tuu
Extreme
Indahnya Flora dan Fauna
Fish Released
Cave Exploration
Spelunker
Pisang Sakai
Shooting
Awesome!!
Hanging!!
Pelik tapi benar!!

Thanks to Md Nor Azam dan semua yang menjayakan misi kali ini..

Thursday, 15 March 2012

Spelunking Feb 2012

Salam Rekreasi semua.. Pada 24-26 Feb 2012 lalu, satu lagi trip Spelunking - Cave Exploration telah diadakan di Gunung Senyum. Aktiviti kali ini aku fokus untuk menambah lagi ilmu hutan dan gua. Masa trip pertama Januari hari tu, aku agak blur dan serabut. Mungkin sebab terkejut dengan dunia baru bawah tanah. Kita sering dimomokkan dengan keadaan gua yang bahaya disebabkan gelap dan binatang berbahaya. Pada hakikatnya, gua adalah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh setiap orang terutama gua-gua yang masih aktif. Di sebalik kegelapan gua itu tersembunyi keindahan yang mengasyikkan. Tak percaya?? Cer pegi sekali..


Entry sebelum ini [klik sini] aku dah menulis perjalanan penuh program spelunking di Gunung Senyum. Jadi pada tulisan kali ini akan lebih difokuskan pada penemuan dan pemerhatian pada gua, flora dan fauna. Terdapat banyak rahsia alam yang tersembunyi disebalik gua. Bagaimana gua batu kapur terbentuk hasil daripada faktor-faktor yang mempengaruhinya serta bertapa lamanya usia gua berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dibuat.


DAY 2 : Perjalanan kami bermula sekitar jam 8.30 pagi terus ke Gua Ular. Dalam perjalanan dapat direkodkan 2 jenis tumbuhan hutan yang unik dan mungkin ramai yang tidak tahu rahsia disebalik keunikan tumbuhan ini. Pertama adalah Pokok Lemba / Ketari. Uniknya, apabila kita makan buahnya satu keajaiban akan berlaku. Minuman tawar seperti air mineral akan rasa manis selepas kita makan buah dari pokok lemba / ketari ini. 

Buah pokok lemba yang boleh dimakan
Pokok Lemba / Ketari
Satu lagi yang ingin diketengahkan adalah Buah Kayu Ara. Buah yang dikatakan kaya dengan kandungan antioksidannya.
Buah Kayu Ara
Gua yang pertama kami pergi adalah Komplek Gua Ular. Gua yang diberi nama bersempena terdapat banyak Helictite yang wujud di sini. Helictite adalah salah satu Speleothem yang terdapat di gua. Ianya adalah binaan seperti Stalactite tetapi berlaku perubahan semasa pembentukkannya atas faktor-faktor seperti graviti. Di Gua Ular bentuk helictite agak condong berbanding stalactite. Banyak lagi bentuk-bentuk yang mungkin terjadi. Ada diantaranya berbentuk seperti ekor ikan, rama-rama dan gergaji.

Helictite
Terdapat beberapa jenis gua yang perlu diketahui untuk memudahkan kita mengkatogerikan sesuatu gua yang ditemui. Antara yang biasa adalah :
  1. Rock Shelter - binaan seperti batuan yang terbuka untuk berlindung
  2. Decorative Cave - binaan gua yang unik dan banyak speleothem
  3. Vadose Cave - gua di atas paras air
  4. Phreatic Cave - gua di bawah paras air
Untuk menentukan usia sebuah gua, kaedah yang digunakan salah satunya adalah dengan melihat saiz column. Saiz 1m3 column bersamaan dengan 60 tahun. Di Gunung Senyum, gua yang paling tua adalah Gua Tapa.

Selesai di Komplek Gua Ular, kami menuju ke Gua G108, Gua G107, Gua G109, Gua G110, Gua G103, Gua G102, Gua G101 dan akhir sekali Tasik Biru. Ape yang menarik, pada kali ini aku dapat pergi ke dua tempat yang tak sempat dikunjungi sebelum ini iaitu Gua G107 dan Tasik Biru.

Gua G107 sangat unik berikutan terdapatnya Aragonite. Aragonite ini kelihatan seperti batu karang di dalam laut. Di Gunung Senyum tidak banyak ditemui aragonite ini kecuali di Gua G107. Begitu juga Tasik Biru yang mana warna tasik yang kebiruan penuh dengan hidupan di dalamnya. Begitulah indah dan uniknya ciptaan Ilahi. 

Aragonite
Tasik Biru
Satu lagi yang aku nak kongsikan adalah, aktiviti Spelunking ini tidak terbatas dengan hanya melawat bagaikan pelancong. Kita bebas meneroka dan mengkaji rahsia disebalik gua selagi ia mematuhi langkah-langkah keselamatan yang diberi. Pada trip kali ini, kami berjaya meneroka satu lagi kawasan yang mencabar dan menyeronokkan. Lubang gua ini kecil dan muat-muat je badan boye haha.. Cube tengok gambar di bawah. Tapi memang best!!

Penerokaan baru!!
DAY 3 : Penerokaan pada hari ini bermula seawal jam 8.30 pagi. Seperti biasa mula-mula kami akan ke taman herba di hadapan komplek Gua Senyum. Pada kali ini aku berjaya merekod beberapa lagi jenis tumbuhan herba yang berguna untuk kesihatan. Antaranya adalah pokok Derhaka Mertua, Pecah Kaca, Raja Berangkat, 7 Jarum dan Tongkat Ali.

Pecah Kaca
Raja Berangkat / Kari Hutan
7 Jarum
Tongkat Ali
Selepas itu kami terus ke Komplek Gua Senyum yang penuh dengan cerita misteri. Gua G111 pada aku sangat unik berikutan adanya gour yang menakung air. Pada kali ini gour yang kedua saja dipenuhi air berbanding  bulan lepas gour yang pertama saja. Menurut Doc pada satu-satu masa kesemua 7 gour dipenuhi air dan ada ketikanya juga akan keluar air pancut dari bumi. Ia juga disebut Artesian. Biasanya air ini memang sangat sejuk menusuk tulang.

Salah satu tumbuhan yang tumbuh di Gua batu kapur adalah Gandik manis atau single leaf atau nama saintifiknya monophyllaea. Tumbuhan ini dikatakan boleh melebatkan rambut.

Monophyllaea
Pada kali ini juga kami menemui ketam gua. Ketam yang bersaiz kecil ini kelihatan banyak di dinding-dinding gua yang berair.

Ketam Gua
Trip kali ini kami banyak menemui benda-benda yang rare seperti bulu burung Kuang, burung helang, duri landak dan cave racer. Malangnya aku tak dapat nak merakamkan untuk tatapan pembaca semua;).
Berbalik pada route pada hari ini bermula dari Gua G111, Gua G113, Gua G114, Gua G115, Gua G116, Gua G117, Gua G118, Gua G120, Gua G119 dan akhir sekali Gua G121.

Berikut adalah beberapa gambar menarik yang sempat dirakamkan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyertai trip kali ini iaitu Dr. Razali, Boye, Bais, Azam (jurukamera), Kak Faridah (QM), Yana, Faizal, Shidi dan kawannya (lupe pulak name die).

dari kiri : Bais, Azam, Mate, Faizal, Faridah dan Yana  
Fokus untuk mendapat maksud yang tersirat
Spelunker
Abseling Gua G120
Gua  G121
Sekian...

Tuesday, 6 March 2012

Pendakian Bukit Tabur

Salam Rekreasi.. Pada 11 Feb 2012, aku bersama Dr. Razali, Bais dan Faizal telah mendaki Bukit Tabur di Taman Melawati Kuala Lumpur. Bukit tabur adalah banjaran quartz yang terpanjang di dunia iaitu 14 km panjang (The Longest Quartz Ridge in the World). Quartz merupakan mineral kedua  yang paling banyak dalam bumi selepas feldspar. Ia terbentuk berterusan secara semulajadi. Terdapat banyak jenis quartz dan ada sebahagian yang berupa batu permata separa berharga. Pelbagai jenis quartz telah ditemui di seluruh dunia sejak zaman purba kala dan ia menjadi mineral yang paling biasa digunakan di dalam pembuatan perhiasan dan ukiran batu.

Hanya beberapa km dari pusat bandar Kuala Lumpur, kita dapat menikmati keindahan batuan quartz serta pemandangan indah dari atas puncak. Dengan ketinggian +-1000m, kami dapat melihat pemandangan di sebelah KL dan Gombak.

Bukit Tabur
Kami memulakan pendakian jam 7.30 pagi selepas bersarapan pagi di Restoran Deen Taman Melawati. Pendakian kami lebih santai dengan tidak mengejar puncak bak kata doc. Cabaran di sini agak berbeza dari bukit-bukit yang lain di Malaysia. Ini kerana kita perlu mendaki batu-batu quartz yang pelbagai bentuk dan cabaran. Kami dapat lihat tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di atas bukit ini agak sukar di temui di tempat lain. Ada diantara pokok ini mempunyai nilai yang tinggi dipasaran luar. Lihatlah bertapa Malaysia mempunyai khazanah yang perlu kita pertahankan demi memelihara alam semulajadi ini. 

What a splendid view
Setiap minggu, ramai yang menjadikan bukit tabur ini sebagai tempat riadah dengan mendaki tidak kurang juga yang membuat kajian. Daripada golongan muda sampailah yang sudah berumur. Semua aku tengok steady je mendaki. Pada kali ini kami ada bertembung dengan pelancong yang datang dari Indonesia, Filipina dan Brunei. Mereka teruja dan bangga mendaki bukit quartz yang terpanjang di dunia. Adakah anda berbangga sebagai rakyat Malaysia??

Rata-rata yang kami temui tidak tahu mengenai istimewanya bukit ini. Mereka juga terkejut dengan maklumat yang kami bagitau. Maklumat begini penting untuk kita tahu agar kita lebih menyayangi dan menghargai khazanah negara dan alam ciptaan Allah. Jangan kerana nilainya yang tinggi, kita sanggup menggadaikannya demi keuntungan semata-mata.

Batu Quartz
Salah satu puncak di Bkt Tabur
Kami tiba di puncak sekitar jam 12 tengahari. Cuaca agak panas ketika itu. Dari sini kami dapat lihat pemandangan di sebelah KL dan Gombak. Kami berehat sebentar menghilangkan dahaga sambil berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Daripada maklumat sumber WWF, pada tahun 1985, terdapat kesan trek kambing gurun di Bukit Tabur ini. Adakah pada masa sekarang kambing gurun ini masih wujud??

Doc in action!
Pada pencinta fotografi, bukit ini juga sesuai untuk dijadikan tempat bagi menguji dan mengaplikasikan teknik fotografi yang terpendam. Di sini juga boleh melihat matahari timbul dan tenggelam. Agak menarik sebenarnya. Lepas ni aku pun kena ada satu DSLR hehe..

Yeahhh!! We did it!!
Hiking 
UIA Gombak view
Dalam pada menikmati keindahan di sini, kami terjumpa satu tulisan di dinding batu menggunakan spray warna. Kami terfikir, Ada juga orang yang rajin dan tidak bertanggungjawab membawa spray semata-mata untuk menulis ' SAPORT LA SIKIT '.. Aduii kemon la.. sayangilah anugerah alam yang dipinjamkan sementara ini.
Jangan buat macam ni ye dik!!!
Ok, masa untuk turun, dalam perjalanan turun kami terhidu bau yang sangat wangi. Doc memberitahu itu adalah bau daripada satu pokok yang mempunyai bunga berwarna kuning oren. Memang wangi baunya dan bila letak dalam kereta baunya tahan lama. 
Kami terus berjalan dan terkejut apabila kami keluar bukan di tempat kami park kereta. Kami keluar di Bukit Mas. Rupa-rupanya kami tersilap jalan. Menurut kata bro yang ade dusun di situ, kami terikut 'trek babi' haha.. Ramai dah terkena rupanya. Maka berjalan jauh la kami ke kereta. Kami tiba di bawah sekitar jam 2.30 petang. Selepas itu kami terus lunch di Taman Melawati dan pekena ABC dan laksa..pehhh mantap..
Bagi sesiapa yang belum pernah ke Bukit Tabur, bolehlah cuba aktiviti mendaki di sana. Anda tidak akan rugi. Oksigen juga sangat cukup dan segar di sana ;)

Bunga Wangi
Boye, Bayos dan mate
Sekian... 

Sunday, 4 March 2012

SPELUNKING @ Gunung Senyum

Salam rekreasi semua :) Pada hujung tahun lepas dan awal tahun ni 31 Dec 2011- 2 Jan 2012, aku telah mengikuti program yang dipanggil Cabaran Spelunking. Program yang menjadi pelopor kepada tercetusnya idea untuk aku dan rakan partner lain untuk menjadikan aktiviti outdoor ini dikembangkan.

Spelunking adalah satu cabaran menjelajah gua profesional yang memerlukan para spelunker bersedia dengan pakaian lengkap dan peralatan khas. Cabaran spelunking ini sudah lama terkenal dikalangan masyarakat barat dan sekarang ia telah mula mendapat tempat di Malaysia. Selain dari itu cabaran ini memberi peluang kepada anda menikmati keindahan dan kecantikan alam semulajadi.

DAY 1: Tiba di gunung senyum memang sangat teruja dengan keindahan dan kehijauan gunung di situ. Lebih teruja apabila sampai je, guide kami Dr. Razali kemp Mohamad Rais mengarahkan kami untuk terus training abseiling..Fuhh first time beb! takut bercampur teruja haha.. Bawah ni gambar mase training abseiling..mula-mula memang ade sedikit gayat, tapi bile dah turun gayat tiada lagi sampai habis program chewahh..

Penerangan oleh Dr. Razali
Aksi ganas dari wa
Kami puas!! Azam, Faizal & aku
Selesai aktiviti abseil, bersiap mandi dan makan malam. Selepas malam doc telah brief sikit pasal aktiviti yang bakal kami lalui esok dan lusa. Kami mendengar, bertanya dan bertukar-tukar pendapat. Sebelum tidur  kami semua modified safety helmet untuk dipasang head lamp di atasnya.
Ubahsuai jadi topi gaban
DAY 2: Selepas selesai sarapan bee hoon goreng sekitar jam 7 pagi, kami bergerak untuk masuk ke Komplek Gua Jebak Puyuh. Untuk sampai ke sana perlu tracking selama lebih kurang 45 minit. Sampai di jambatan merah, kami stop jap. Aku dan faizal telah mengambil tanggungjawab untuk belajar macam mana untuk membuat track plotting. So dengan alat kompas, buku dan sebatang pen kami mampu untuk memplot trek. Komplek jebak puyuh ini adalah gua non-commercial yang memerlukan guide untuk kita masuk ke sana. Sepanjang perjalanan kami didedahkan oleh doc flora dan fauna yang ada di sepanjang perjalanan seperti pokok derhaka mertua, orkid ayam jantan dan pacat haha..
Mendengar taklimat sebelum masuk ke Komplek  Jebak Puyuh
Enterance to Jebak Puyuh
Plot Tracking
Sampai di Komplek Jebak Puyuh jam 8.16 pagi. First kami ke Gua G101. Memang kena merangkak nak masuk. Tapi bila sampai kat dalam memang indah suasana dalam gua yang gelap itu. Kelihatan binaan seperti kubah masjid. Cabaran pertama adalah merangkakkkk yeahhh...
Crawling in the dark 
Dalam Gua G101
Selepas itu kami menuju ke Gua G102 dan Gua G103. Satu pengalaman yang luar biasa apabila masuk ke dalam gua yang masih aktif dimana proses luluhawa masih berlaku. Ruang galeri yang luas dan cantik dengan calcite yang masih aktif. Apa yang menarik, calcite yang kelihatan seperti kristal ini akan mati (tidak aktif) serta merta jika kita sentuh dan akan kembali aktif selepas 60 tahun. Jadi apa perlunya kita sentuh jika kita mahu anak cucu cicit kita dapat melihat apa yang pernah kita lihat sekarang. Sangat menakjubkan ciptaan Ilahi ini. Terdapat juga takungan air di dalam gua yang dipanggil gour. Selain daripada itu, binaan-binaan di dalam gua seperti shield, stalactites, stalagmites, dan coloumns boleh dilihat di sini secara langsung. 
Salah satu binaan di Gua G102
Tracking di Gua G102
Gua G103
Active Calcite
Nice!
Stalactites, Stalagmites & Coloumns
Persoalannya adalah, mampukah kita mempertahankan khazanah yang cukup berharga dan indah ini daripada tangan-tangan dan kaki-kaki yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata?????

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Gua G105. Gua ini mendapat nama berikutan binaan batu yang terdapat di dalamnya kelihatan seperti mayat yang terbaring. Di sini doc mengajar kami cara bagaimana untuk membuat pemetaan gua - cave mapping.
Tracking to Gua G105
Cave Mapping
Gua G105
Next kami ke Gua G106. Di sepanjang perjalanan ke gua ini kami didedahkan dengan teknik-teknik survivor di dalam hutan contohnya jika kehabisan bekalan air, ape sumber yang kita boleh gunakan. Air akar kayu adalah salah satu daripadanya. Kami juga didedahkan bagaimana nak tahu air sungai itu boleh diminum ataupun tidak. Gua G106 juga menarik dari dinding gua disebelah luar dan galeri di dalamnya. Di sini kami temui banyak fauna antaranya kelawar, lipan gua dan labah-labah gua.
Trek ke Gua G106
Dinding Gua di sebelah luar
Gour
Dalam Gua G106
Lagi di Gua G106
Kelawar 
Lipan gua
Perjalanan diteruskan ke Gua G108. Dalam gua ade gunung? Amacam? betul..memang ade bukit seperti gunung di dalamnya. Mengah juga nak daki setelah penat berjalan. Tapi memang interesting.
Puncak Gunung
Menuruni gunung di Gua G108
Selepas menuruni gua G108, kami terus menuju ke Gua G109. Gua ini lebih best jika sampai sekitar jam 9.30 pagi kerana cahaya matahari yang memasuki kawasan taman ini memang menarik. Doc memberitahu kawasan ini kelihatan seperti terbakar apabila cahaya matahari masuk ke kawasan taman  ini. Kami tiba di sini hampir pukul 12 tghari tapi masih dapatla sisa-sisa cahaya yang menarik masuk.
Salah satu tempat menarik di Gua G109
Gua G109
Dalam Gua ada taman ;)
Setelah selesai menikmati keindahan taman di dalam gua dan mengalas perut sambil berehat, kami seterusnya dibawa ke gua yang sangat gelap iaitu Gua G110. Bukan itu saja, rupanya di gua ini kami akan abseil!! Amboii abseil dalam gua?? ko ade? Aduii..Untuk masuk ke posisi abseil di gua G110, kami perlu membaringkan badan. Walaupun gelap tetapi aku memberanikan diri untuk turun abseil sebab akulah orang yang pertama akan turun haha..Apa ada kat bawah pun aku tak tau..Tawakal!! cer tengok gambar bawah ni..steady beb!!
Abseiling di Gua G!!0
Aku beraksi di Gua G110
Begitulah klimak untuk hari kedua ini. Satu pengalaman pertama yang aku dapat dan tak akan dilupakan. Pengalaman ini mengajar erti keyakinan dan keberanian apabila bertembunng dengan apa jua situasi. Semua yang terlibat berjaya turun walaupun ade yang penakut haha.. Tapi telah membuktikan bahawa dia boleh!!

Selesai semua, kami pun menuju balik ke camp site. Dalam perjalanan balik kami terkejut apabila melalui satu kawasan yang mempunyai pokok yang besar gilerr.. Akar die je dah tinggi daripada orang. Pokok ini sebenarnya adalah pokok Albino Ara yang berusia beratus tahun.
Albino ara 200++
Amacam?? besar tak??
Sebelum sampai ke camp site, aku,shidi, wan dan boye telah singgah kejap kat Gua G121. Khabarnye, situ banyak ikan, so kami nak menjaring kat situ, mana tau ade rezeki, boleh bakar malam ni. Fuhh  air kat gua ni memang sejuk gilerr beb!! memang tak boleh nak berendam lama-lama. Ape yang menarik, memang banyak ikan dalam gua tali air ni dan malangnya tiada hasil untuk kami hari tu. Tinggal je la jaring kat situ. Aktiviti untuk hari ni berakhir di Gua G121. Malamnya kami ber BBQ ikan dan macam-macam lagi. Dan pada malam itu juga buat julung kalinya aku makan daun kunyit!! Doc kata sedap, ok fine aku pun makan..hmm not bad, takde la ngeri sangat rasa die hehe...
Sesi menjaring bermula di Gua G121
Aku control sejuk..grrrr!!
DAY 3: Pagi tu kami bersarapan nasi goreng. Hari ini sedikit lewat bersiap berbanding semalam. Kami memulakan perjalanan sekitar jam 9.00 pagi. Aktiviti hari ini adalah menjelajah ke Komplek Gua Senyum yang dikatakan penuh dengan cerita mitos misteri. Kami sangat bertuah kerana si pencerita adalah adalah si pembuat cerita iaitu Dr. Razali sendiri. Sebelum masuk kami di perkenalkan dengan pokok Tongkat Ali. Kami berpeluang merasai daun tongkat ali yang aduiii pahit!!

Pokok Tongkat Ali
Ok, now pengembaraan penuh misteri pun bermula. Gua Senyum sangat terkenal dengan cerita misteri. Cerita misteri ini bermula apabila seorang puteri bunian yang telah jatuh cinta dengan seorang manusia biasa si pemikat burung. Puteri bunian yang beranggapan bahawa si pemikat burung ini seorang yang jujur dek kerana hari-hari datang ke tempat permainan puteri bunian tersebut. Perilaku si pemikat burung ini berjaya memikat hati puteri bunian ini dan akhirnya mereka jatuh cinta. Masalah timbul apabila seorang puteri bunian yang hidup di kayangan hendak berkahwin dengan si pemikat burung manusia biasa di bumi. Puteri bunian ini akhirnya berbincang dengan bapanya dan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pemikat burung itu tadi. Bapanya yang mulanya tidak bersetuju akhirnya akur dengan permintaan anaknya dengan beberapa syarat. Syaratnya adalah, puteri senyum perlu membuang segala keistimewaan sebagai seorang puteri bunian. Demi cinta sejati yang sangat utuh kepada si pemikat burung ini, puteri senyum bersetuju untuk melepaskan segala keistimewaan tersebut.

Syarat pertama yang perlu puteri senyum lakukan adalah, mandi air 7 telaga pada waktu tengah malam. Maka di percayai puteri senyum telah mandi di Gua G111.

Gua G111
Kami merasai air yang ada di salah satu telaga di Gua G111 ini. Memang sangat sejuk airnya. Tidak dapat dibayangkan bila mandi di waktu tengah malam. Doc menyatakan yang ada masa-masanya telaga ini kering semuanya dan ada masa penuh ketujuh-tujuhnya dan ada satu masa siap ada air pancut!!

Berbalik pada cerita puteri senyum tadi, selepas mandi di tengah malam air 7 telaga, syarat kedua adalah, puteri senyum perlu mengeringkan badan menggunakan angin pada waktu subuh. Dan dipercayai puteri senyum telah mengeringkan badannya di Gua G113. 

Gua ini agak besar pintunya dan luas. Menurut doc, gua ini dipercayai pernah didiami oleh manusia kanibal. Kanibal merupakan fenomena dimana makhluk hidup yang memakan makhluk sejenisnya seperti manusia makan manusia.
Gua G113
Menuruni gua G113 menuju ke???
Syarat yang terakhir untuk melenyapkan keistimewaan puteri senyum sebagai puteri bunian adalah mandi / cuci dengan cahaya bulan. Jika kita flashback semula, mandi 7 telaga tengah malam, keringkan badan waktu subuh dan nak mandi cahaya bulan. Mana nak cari bulan siang hari. So, sebenarnya itu adalah muslihat bapa puteri senyum, tetapi puteri senyum itu bijak bestari. Dia telah mandi cahaya bulan di Gua G114 untuk melenyapkan keistimewaannya di situ. Saat-saat terakhir puteri senyum sebagai puteri bunian ditangisi oleh ramai yang menyaksikan upacara itu.

Gua G114 ini unik kerana ada satu lubang kecil yang membolehkan cahaya memasuki ruag gua yang luas dan gelap. Ianya kelihatan seperti bulan dimalam hari.
Gua G114
Nampak tak bulan tu??
Maka jadilah puteri senyum manusia biasa dan mereka telah berkahwin. Sempena perkahwinan puteri senyum, bapanya telah menghadiahkan hantaran yang ditimbulkan daripada laut. Pokok-pokok dan hidupan bumi yang dikatakan turut merestui perkahwinan puteri senyum boleh kita lihat tumbuh berpasangan di gua G115. Juga boleh kita lihat batu yang seperti sirih junjung di sini.

Gua G112
Pokok-pokok yang tumbuh berpasangan
Di Gua G116, kami dapat lihat barang-barang hantaran yang dihadiahkan berupa hidupan laut yang ditimbulkan daripada laut seperti kuda laut, penyu, singa laut dan karang laut. Sangat menabjubkan kami apabila melihat batu-batu yang menyerupai penyu, kuda laut dan sebagainya.

Gua G116
Batu yang menyerupai kuda laut dan penyu
Begitulah restu yang ditunjukkan sempena perkahwinan puteri senyum dan pemikat burung bernama Tok Long. Tok Long merupakan seorang pemikat burung yang mempunyai banyak kelebihan antaranya jaguh silat di kampungnya, boleh menjinakkan gajah. Kita boleh tengok di Gua G117.

Gua G117
Puteri senyum dan Tok Long pun hidup sebagai suami isteri. Pada satu masa Tok Long pulang ke kampungnya meninggalkan isterinya. Akibat leka, Tok Long terlupa tanggungjawab terhadap isterinya yang ditinggalkan selama 30 hari. Apabila dia teringat, Tok Long pun kembali menemui isterinya puteri senyum, malangnya tiada. Tok Long pun mencari dan akhirnya jumpa di Gua G119. Malangnya lagi Tok Long hanya mampu melihat dan merayu dari atas memujuk isterinya. Puteri senyum merasa menyesal kerana menyangka suaminya jujur dan tidak mendengar nasihat bapanya sebelum ini demi cinta sejatinya. Puteri senyum hanya mampu menangis sehingga dikatakan air mata tangisan memenuhi Gua G121. Akhirnya, Tok Long dikatakan meninggal dan dikebumikan di Gua G118 dan Puteri Senyum di Gua G128. Begitulah cerita mitos Puteri Senyum yang terkenal di gunung senyum.


Berbalik pada perjalanan kami tadi, selepas ke Gua G117, kami ke Gua G118 dimana di situ ada replika makam tok long. Disitu juga ada beberapa lubang di mana para arkeologi pernah membuat  penggalian di situ. Menurut doc, mereka menemui tengkorak manusia.

Gua G118
Selepas itu, kami ke Gua G120 di mana di percayai tempat Tok Long mengamalkan ilmu persilatan. Di dinding gua silat ini, aku dapat lihat kesan tapak kaki yang masih ada sampai sekarang. Seterusnya kami ke Gua G119  tempat di mana Tok Long merayu dan memujuk isterinya.

Gua G120
Akhir sekali sebagai klimak, kami sekali lagi dikejutkan dengan aktiviti abseiling di Gua G120. Pehh tinggi yang dikatakan lebih kurang 100 kaki. Tapi aku ok je, ada jugakla sedikit takut, tapi sebab dah kali ketiga tu yang steady. Abseil kali ni di dinding gua yang tidak rata dan banyak lubang. Dekat sini buat pertama kalinya aku mencuba teknik jump!! Fuhh ketagih beb!! best giler bile dapat jump!! silalah lihat aksi di bawah hehe..

Azam orang pertama turun
Aksi jump aku ..amacam??
Selesai aktiviti abseiling, kami semua berjalan menuju ke Gua G126 yang dikatakan sudah lebih 12 tahun tidak dikunjungi orang. Apabila sampai di sana, kami dapat lihat binaan yang kembali aktif dan calcite yang sangat cantik seperti crystal. Sungguh menabjubkan!!! 

Binaan menyerupai gajah di Gua  G126

Pengalaman ini sungguh bermakna dan akan terpahat selama-lamanya. Keajaiaban keindahan gua mengingatkan aku bertapa besarnya kuasa Allah yang menjadikan alam agar manusia berfikir untuk lebih mengenali diri dan pencipta segala sesuatu. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam trip kali ini terutama pada Dr. Razali, Shidi, Mas, Era, Faizal, Kak Faridah, Lea, Wan, dan Azam. Juga pada jurufoto yang hebat shidi dan azam yang menghasilkan foto-foto yang menarik. Sekian..

We are Malaysian Spelunkers!!
yeahhh!!
Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti SPELUNKING boleh layari www.akademikembara.com atau like facebook fan page Educational Adventure Guides.. Tq