Thursday, 15 March 2012

Spelunking Feb 2012

Salam Rekreasi semua.. Pada 24-26 Feb 2012 lalu, satu lagi trip Spelunking - Cave Exploration telah diadakan di Gunung Senyum. Aktiviti kali ini aku fokus untuk menambah lagi ilmu hutan dan gua. Masa trip pertama Januari hari tu, aku agak blur dan serabut. Mungkin sebab terkejut dengan dunia baru bawah tanah. Kita sering dimomokkan dengan keadaan gua yang bahaya disebabkan gelap dan binatang berbahaya. Pada hakikatnya, gua adalah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh setiap orang terutama gua-gua yang masih aktif. Di sebalik kegelapan gua itu tersembunyi keindahan yang mengasyikkan. Tak percaya?? Cer pegi sekali..


Entry sebelum ini [klik sini] aku dah menulis perjalanan penuh program spelunking di Gunung Senyum. Jadi pada tulisan kali ini akan lebih difokuskan pada penemuan dan pemerhatian pada gua, flora dan fauna. Terdapat banyak rahsia alam yang tersembunyi disebalik gua. Bagaimana gua batu kapur terbentuk hasil daripada faktor-faktor yang mempengaruhinya serta bertapa lamanya usia gua berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dibuat.


DAY 2 : Perjalanan kami bermula sekitar jam 8.30 pagi terus ke Gua Ular. Dalam perjalanan dapat direkodkan 2 jenis tumbuhan hutan yang unik dan mungkin ramai yang tidak tahu rahsia disebalik keunikan tumbuhan ini. Pertama adalah Pokok Lemba / Ketari. Uniknya, apabila kita makan buahnya satu keajaiban akan berlaku. Minuman tawar seperti air mineral akan rasa manis selepas kita makan buah dari pokok lemba / ketari ini. 

Buah pokok lemba yang boleh dimakan
Pokok Lemba / Ketari
Satu lagi yang ingin diketengahkan adalah Buah Kayu Ara. Buah yang dikatakan kaya dengan kandungan antioksidannya.
Buah Kayu Ara
Gua yang pertama kami pergi adalah Komplek Gua Ular. Gua yang diberi nama bersempena terdapat banyak Helictite yang wujud di sini. Helictite adalah salah satu Speleothem yang terdapat di gua. Ianya adalah binaan seperti Stalactite tetapi berlaku perubahan semasa pembentukkannya atas faktor-faktor seperti graviti. Di Gua Ular bentuk helictite agak condong berbanding stalactite. Banyak lagi bentuk-bentuk yang mungkin terjadi. Ada diantaranya berbentuk seperti ekor ikan, rama-rama dan gergaji.

Helictite
Terdapat beberapa jenis gua yang perlu diketahui untuk memudahkan kita mengkatogerikan sesuatu gua yang ditemui. Antara yang biasa adalah :
  1. Rock Shelter - binaan seperti batuan yang terbuka untuk berlindung
  2. Decorative Cave - binaan gua yang unik dan banyak speleothem
  3. Vadose Cave - gua di atas paras air
  4. Phreatic Cave - gua di bawah paras air
Untuk menentukan usia sebuah gua, kaedah yang digunakan salah satunya adalah dengan melihat saiz column. Saiz 1m3 column bersamaan dengan 60 tahun. Di Gunung Senyum, gua yang paling tua adalah Gua Tapa.

Selesai di Komplek Gua Ular, kami menuju ke Gua G108, Gua G107, Gua G109, Gua G110, Gua G103, Gua G102, Gua G101 dan akhir sekali Tasik Biru. Ape yang menarik, pada kali ini aku dapat pergi ke dua tempat yang tak sempat dikunjungi sebelum ini iaitu Gua G107 dan Tasik Biru.

Gua G107 sangat unik berikutan terdapatnya Aragonite. Aragonite ini kelihatan seperti batu karang di dalam laut. Di Gunung Senyum tidak banyak ditemui aragonite ini kecuali di Gua G107. Begitu juga Tasik Biru yang mana warna tasik yang kebiruan penuh dengan hidupan di dalamnya. Begitulah indah dan uniknya ciptaan Ilahi. 

Aragonite
Tasik Biru
Satu lagi yang aku nak kongsikan adalah, aktiviti Spelunking ini tidak terbatas dengan hanya melawat bagaikan pelancong. Kita bebas meneroka dan mengkaji rahsia disebalik gua selagi ia mematuhi langkah-langkah keselamatan yang diberi. Pada trip kali ini, kami berjaya meneroka satu lagi kawasan yang mencabar dan menyeronokkan. Lubang gua ini kecil dan muat-muat je badan boye haha.. Cube tengok gambar di bawah. Tapi memang best!!

Penerokaan baru!!
DAY 3 : Penerokaan pada hari ini bermula seawal jam 8.30 pagi. Seperti biasa mula-mula kami akan ke taman herba di hadapan komplek Gua Senyum. Pada kali ini aku berjaya merekod beberapa lagi jenis tumbuhan herba yang berguna untuk kesihatan. Antaranya adalah pokok Derhaka Mertua, Pecah Kaca, Raja Berangkat, 7 Jarum dan Tongkat Ali.

Pecah Kaca
Raja Berangkat / Kari Hutan
7 Jarum
Tongkat Ali
Selepas itu kami terus ke Komplek Gua Senyum yang penuh dengan cerita misteri. Gua G111 pada aku sangat unik berikutan adanya gour yang menakung air. Pada kali ini gour yang kedua saja dipenuhi air berbanding  bulan lepas gour yang pertama saja. Menurut Doc pada satu-satu masa kesemua 7 gour dipenuhi air dan ada ketikanya juga akan keluar air pancut dari bumi. Ia juga disebut Artesian. Biasanya air ini memang sangat sejuk menusuk tulang.

Salah satu tumbuhan yang tumbuh di Gua batu kapur adalah Gandik manis atau single leaf atau nama saintifiknya monophyllaea. Tumbuhan ini dikatakan boleh melebatkan rambut.

Monophyllaea
Pada kali ini juga kami menemui ketam gua. Ketam yang bersaiz kecil ini kelihatan banyak di dinding-dinding gua yang berair.

Ketam Gua
Trip kali ini kami banyak menemui benda-benda yang rare seperti bulu burung Kuang, burung helang, duri landak dan cave racer. Malangnya aku tak dapat nak merakamkan untuk tatapan pembaca semua;).
Berbalik pada route pada hari ini bermula dari Gua G111, Gua G113, Gua G114, Gua G115, Gua G116, Gua G117, Gua G118, Gua G120, Gua G119 dan akhir sekali Gua G121.

Berikut adalah beberapa gambar menarik yang sempat dirakamkan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyertai trip kali ini iaitu Dr. Razali, Boye, Bais, Azam (jurukamera), Kak Faridah (QM), Yana, Faizal, Shidi dan kawannya (lupe pulak name die).

dari kiri : Bais, Azam, Mate, Faizal, Faridah dan Yana  
Fokus untuk mendapat maksud yang tersirat
Spelunker
Abseling Gua G120
Gua  G121
Sekian...

No comments:

Post a Comment